Wednesday, May 4, 2011

pengenalan

Senarai Tugas Guru Perpustakaan dan Media
Memandangkan perkembangan pesat dunia informasi dan pengurusan Pusat
Sumber semakin mendapat tempat di dalam dunia pendidikan, Surat Pekeliling
Ikhtisas Bil . 3 /2005 telah dikeluarkan bertarikh yang 18 Julai 2005.
Di dalam Surat Pekeliling tersebut telah disertakan senarai tugas Guru
Perpustakaan dan Media seperti di bawah :
Senarai Tugas Guru Perpustakaan dan Media (Guru Penyelaras Pusat
Sumber Sekolah)
Peringkat : Sekolah Menengah dan Rendah
Jawatan : Guru Perpustakaan dan Media (Guru Penyelaras
Pusat Sumber sekolah) DG41 / DG 29
Waktu Bertugas : Mengikut waktu persekolahan. Bagi Sekolah dua sesi,
waktu bertugas boleh disesuaikan merangkumi
kedua-dua sesi.
1. Merancang dan mengajar Matapelajaran antara 6 hingga 8 waktu seminggu.
2. Merancang dan melaksanakan dasar dan program tahunan Pusat Sumber
Sekolah bersama-sama pengetua, kakitangan Pusat Sumber Sekolah , guru
dan pelajar sekolah.
3. Merancangan dan mengurus belanjawan tahunan Pusat Sumber Sekolah
bersama AJK Kurikulum sekolah.
4. Merancang pemerolehan dan pembinaan koleksi yang komprehensif dan
kemas kini.
5. Merancang dan melaksanakan Program Kemahiran Makumat dan
perkhidmatan Pusat Sumber Sekolah yang dapat menyokong pelaksanaan
pengajaran dan pembelajaran.
6. Merancang dan mengurus program pembacaan (Program NILAM) dan
pembudayaan ilmu.
7. Merancang, melaksana dan menyelaras program pembangunan staf dan
program latihan dalaman berhubung dengan Pusat Sumber Sekolah.
8. Merancang dan mengurus program promosi Pusat Sumber Sekolah.
9. Bekerjasama dengan guru-guru dalam pelaksanaan pengajaran dan
pembelajaran berasaskan sumber.
10. Berhubung dan bekerjasama dengan Pusat Sumber Pendidikan Negeri, PKG
/ Perpustakaan Awam untuk meningkatkan perkhidmatan dan program Pusat
Sumber Sekolah.
11. Menyelia dan mengurus bahan-bahan Pusat Sumber Sekolah.
12. Menyedia dan mengedar minit mesyuarat AJK Induk / Kerja Pusat Sumber
Sekolah.
13. Memantau dan mengawal selia pelaksanaan program Pusat Sumber
Sekolah.
14. Melaksanakan tugas semakan stok dan inventori pertalatan Pusat Sumber
Sekolah.
15. Mempromosi dan menjadi ahli Persatuan Perpustakaan / Pusat Sumber
Sekolah Negeri.
16. Menjalankan penyelidikan / kajian tindakan berhubung dengan perkhidmatan
Pusat Sumber Sekolah.
17. Menyediakan laporan serta analisis pelaksanaan pembangunan pengurusan
program dan aktiviti serta kewangan Pusat Sumber Sekolah.
18. Menghantar data dan laporan pelaksanaan program Pusat Sumber Sekolah
khasnya laporan Pusat Sumber Sekolah dan NILAM kepada BTP melalui
PKG dan PSPN pada bulan Oktober setiap tahun.
19. Menjalankan tugas-tugas lain yang diarahkan oleh pengurusan sekolah dari
semasa ke semasa

No comments:

Post a Comment